BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Sunday, July 31, 2011

Home, with love.

30 Julai.. Aktiviti keluarga Syed Shaffri hari ini adalah membersihkan taman. Aku, selaku pemerhati, Danial, merangkap orang kuat pada petang ni, di ketuai oleh Walid dan disokong kuat oleh Ummi.


Seronok, lebih lebih lagi, bila lihat hasilnya. Dari awal kami pindah ke sini, laman rumah ni penuh dengan lalang setinggi pinggang. Tapi sekarang, hasil kerja keras ummi dan walid, laman ni dah ditumbuhi bunga bunga dan beberapa pokok buah buahan. Sedikit demi sedikit, kami tambah hiasan di taman ni.


Walaupun lokasi rumah kami ditengah tengah taman perumahan, tapi bermacam macam jenis serengga juga binatang berkongsi taman dengan kami.



Ummi cakap burung ayam, burung merbuk, burung gagak, tupai, sesumpah, juga musang kecil, selalu lepak kat taman ni.


Antara tumbuhan yang ada menghiasi teratak kami.

Orang kuat hari ni, saipa lagi kalau bukan adik aku, Danial. Tengok tu, rajinkan dia?

Lepas siap kerja, apa lagi, melepak lah kami. Masa untuk bergossip pula (",)


Aku sayang family aku, bila sekali sekala bersama, terasa hidup. Disini lah aku habis kan masa selama seminggu sebelum aku pulang semula ke Damansara esok. Walaupun, kediaman kami agak ringkas dan sederhana, tapi, disinilah bahagia kami. Alhamdulillah...

my own apertment (",)
"Home! You are a special place;
you're where I wake and wash my face,
bursh my teeth and comb my hair,
change my socks and underwear,
clean my ears and blow my nose,
try on all my parent's clothes.

Home! You're where it's warm inside,
where my tears are gently dried,
where I'm comforted and fed,
where i'm forced to go to bed,
where there's alway love to spare;
Home! I'm glad that you are there."

Favorite people, favorite places, favorite memories of the past.
These are the joys of a lifetime, these are the
things that last..

0 comments: