BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, July 28, 2011

Kisah aku.

Kisah aku bermula disini. Bersama mereka, kekasih kekasih hatiku. Dalam hidup aku, mereka lah harta aku. Tanpa mereka, tiadalah aku disini, menjadi teman kalian, sayang mahupun benci, diterima mahupun ditolak. Walau apa pun tanggapan orang terhadapku, mereka inilah yang sentiasa berbaik sangka dengan aku dan menerima aku tanpa ragu.

Mereka sebahagian dari kisah aku. Sebahagian dari kisah aku bermula dari mereka.

Bila aku jauh tersasar, mereka tunjuk aku jalan pulang. Mereka bawa aku kembali. Mereka marah dengan sayang. Bila aku dihadapkan dengan beban masalah yang aku rasa berat, pada mereka aku kembali, walaupun usia aku bukan lagi anak anak, mereka sentiasa terbuka beri aku peluang serta kekuatan untuk teruskan hidup.

Hari bahagia Ummi & Walid.
Ya Allah, sepanjang hidup aku, belum lagi aku berpeluang membalas jasa mereka, walaupon kasih sayang ku pada mereka, hanya Engkau yang mengetahui. Dan sesungguhnya, aku terlalu takut kehilangan mereka.


Mereka tak pernah jemu melayan kerenah aku. Merakalah manusia yang sanggup bersabar melayan kerenah aku, dalam apa situasi sekali pun, tanpa merungut, mengeluh.


Mereka sentiasa beri aku ruang untuk melakukan kesilapan. Mereka tegur aku dengan kasih. Mereka marah aku dengan sayang.


Inilah aku.. (",)
Satu satunya anak perempuan ummi dan walid. Walaupun aku satu satunya anak perempuan, aku tak lah terlalu dimanja sewaktu kecil. Walid sangat garang dan tegas dengan kami adik beradik. Pantang kami buat silap, mesti kene rotan. Ummi pulak, agak tegas masa aku kecil. Selalu juga aku kena bebel, kene marah, sebab aku ni sangat degil...

Apapun, semuanya berubah bila kami dewasa. Ummi dan walid, jarang marah marah macam dulu. Aku rasa, kami adik beradik, lebih manja bila dah dewasa ni. Pantang susah, ummi dengan walid lah tempat kami mengadu.
Siapa lagi nak menyusahkan ummi dan walid kalau bukan kami... Walaupun adakalanya mereka marah, tapi mereka tetap bantu. Dan walaupun mereka marah adakalanya, kami tahu, mereka sayang kami..

Pernah aku menangis depan ummi. Aku kata, tak siapa sayang aku, tak siapa perlukan aku. Tapi ummi balas.. "untuk madiya, nyawa pun ummi sanggup beri.."

Pernah juga, sewaktu aku tidur, ummi peluk dan cium aku. Waktu aku tidur, walid belai rambut aku.Aku tahu mereka rindu, aku tahu mereka sayang. Walau sebesar mana pun aku, aku tetap mardhiah kecil mereka.

 Ini juga, sebahagian dari aku, Danial. Kami selalu bertengkar, dulu. Tapi bila aku susah, dia lah yang selalu tolong aku. Macam mana jauh sekali pun kami pergi, dalam hati kami, masing masing tahu, kami saling sayang. Untuk adik adik aku, nyawa pun aku sanggup bagi.

Sekarang dia dah besar, dah nak kawin pun. Aku tumpang bahagia dapat lihat orang yang aku sayang, ada hidup yang sempurna. Aku sentiasa doa yang terbaik untuk adik kesayangan aku ni. 

 Ini pula, adik kecil aku, habib. Walau beza usia kami sangat jauh, tapi dia matang dalam usia yang terlalu muda, macam macam aku boleh kongsi dengan Habib. Intan permata ummi dan walid. Sekarang Habib dah bergelar mahasiswa. Aku juga doa yang terbaik untuk adik aku yang seorang ni..

Ya Allah, perliharalah keluarga ini. Lindungilah kami dari sesuatu yang tidak kami ingini.

Ummi dan Walid, terima kasih untuk semua. Sesungguhnya, tiada yang lebih berharga selain dari perhatian dan kasih sayang kalian. Terima kasih kerana memahami dan menyayangi. Terima kasih kerana sentiasa mempercayai dan bersangka baik pada kami adik beradik.

Sekiranya kami tersilap langkah, bimbing kami. Sekiranya kami tersalah haluan pimpin tangan kami, bawa kami kembali. Jangan biarkan kami jauh. Jangan sekali kali membenci kami. Sekiranya kami terpesong, tegur kami dengan sayang.


Kami mungkin adakalanya degil, tapi kelemahan kami adalah, kami sayang kamu. Kamu ada kuasa, magic yang boleh bawa kami kembali.


Doakan kami, anak anak kalian, perjuangan kami baru bermula. Terlalu banyak yang perlu kami tempuh. Tapi janji kami, kami akan buat kalian bangga dengan kami satu hari nanti... Insyallah.




0 comments: